BBM3410-2021-MINGGU 1A

 

                  Assalamualaikum dan salam para pembaca blogger



    Nama diberi Najihah bt Mohd Nasir, bernombor matrik 203306. Saya dilahirkan di Thailand  pada 19 Januari 1999. Saya merupakan seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Saya mengambil jurusan Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). 

    Saya berasal dari Thailand iaitu negara yang dikenali sebagai 'negeri gajah putih', anda mesti tertanya tanya macam mana saya boleh berasal dari sana kan. Jawapannya kerana arwah ibu saya orang Thailand. Walaupun saya dilahirkan di Thailand tetapi saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada warganegara Malaysia. Kini saya berusia 22 tahun dan saya merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Saya merupakan anak yatim piatu. Arwah ayah saya meninggal dunia ketika saya berusia 5 tahun pada ketika itu disebabkan sesak nafas manakala ibu saya meninggal dunia pada 2008 sejak itu saya tidak dapat lagi merasai kasih sayang seorang ibu, tetapi saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan mengambil berat tentang saya. Oleh itu, anda semua mestilah berbudi dan hargai jasa mereka membesarkan anda tanpa penat lelah ketika mereka masih ada lagi.

Sekian ini sahaja coretan serba sedikit tentang diri saya. Jumpa lagi nanti! Annyeong semua!

Comments

Post a Comment