BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN (INTERNET)- SANGGA BUANA

 

ELEMEN 4: KESESUAIAN (INTERNET)


Tema

Minuman

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar yang dipaparkan ialah iklan minuman Nescafe yang disertakan frasa ‘Bangkitkan semangat pagi dengan Nescafe’. Jika dilihat dari aspek latar masa dalam gambar tersebut, ia merupakan latar masa sewaktu matahari terbit. Hal ini dibuktikan dengan keadaan langit biru dan matahari yang mula memancarkan sinar paginya. Gambar ini menunjukkan elemen kesesuaian dari segi pemilihan latar masa yang menunjukkan suasana permulaan pagi seperti mana yang tertulis dalam gambar tersebut. 




Tema

Binatang Ternakan

Sumber

Google Image

Huraian

Elemen yang wujud dalam gambar tersebut adalah elemen kesesuaian. Hal ini dibuktikan dengan keadaan kawasan yang berlumpur iaitu sesuai dengan kawasan ternakan kerbau. Terdapat juga watak dalam gambar tersebut iaitu seorang kanak-kanak sedang menaiki badan kerbau tersebut. Kanak-kanak dalam gambar itu merupakan tuan kepada haiwan tersebut. Gambar tersebut secara tidak langsung menekankan aspek kesesuaian. 

 



Tema

Makanan

Sumber

Google Image

Huraian

“Fluffy Buns” merupakan keluaran terbaru syarikat Gardenia yang mempunyai tekstur yang lembut dan lazat seperti yang dinyatakan. Berdasarkan iklan tersebut, grafik yang digunakan menepati elemen kesesuaian yang memperlihatkan roti bun sebagai objek utama. Iklan ini menggunakan latar belakang berwarna cerah dan terdapat garisan beralun bagi menimbulkan lagi grafik jari yang menekan potongan bun. Grafik tersebut digunakan untuk menzahirkan tekstur bun yang lembut dan kelihatan gebu.





Tema

Suasana Hari Raya

Rujukan

Google Image 

Huraian

Berdasarkan gambar suasana hari raya yang dinyatakan tersebut menepati elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat lima orang yang masing-masing memakai baju raya yang lengkap menggambarkan suasana sambutan hari raya. Ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh setiap watak menggambarkan keriangan hari raya tersebut. Selain itu, elemen teks yang dinyatakan pada gambar tersebut adalah bersesuaian dengan tema yang merujuk kepada suasana hari raya. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut jelas menyampaikan mesej berkenaan dengan keriangan hari raya di kampung.





Tema

Makanan

Rujukan

Aplikasi Pinterest 

Huraian

Foto di atas memenuhi elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana teks “MILO BROWIES” berkait dengan gambar “brownies”. Apabila kedua-duanya saling berkaitan, ia pasti memenuhi elemen kesesuaian. Oleh itu, foto di atas adalah sesuai dan berkait antara satu dengan yang lain. 




Tema

Mercu Tanda

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Gambar menunjukkan sebuah mercu tanda di Paris yang dipanggil “Eiffel Tower”. Ini merupakan menara yang menjadi kebanggaan rakyat di Perancis. Teks yang ditunjukkan juga memberi kesan kepada gambar kerana menjadi satu promosi kepada audien untuk melawat ke kawasan tersebut. “Paris Is Always A Good Idea” menjadi asbab kepada audien untuk mengunjungi Paris kerana ia merupakan perkara yang akan mendatangkan keseronokan sekiranya mereka datang ke sana. 







Tema 

Permainan Tradisional

Rujukan 

Google Image

Huraian 

Gambar berikut berkaitan dengan maksud permainan tradisional. Hal ini kerana, latar belakang foto tersebut berlatarbelakangkan sebuah rumah papan di kampung dan terdapat pokok-pokok di sekitar rumah tersebut serta aktiviti menarik upih oleh dua orang budak di dalam foto tersebut. Mesej yang disampaikan dalam gambar tersebut bersesuaian dengan tema yang hendak disampaikan iaitu berkaitan dengan suasana di kampung. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut adalah menepati dan memenuhi elemen kesesuaian dari segi latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terlibat.




Tema

Sukan

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar di atas menunjukkan sukan bola sepak. Latar tempat yang terlibat dalam gambar tersebut ialah padang yang berumput hijau. Watak yang ditonjolkan dalam gambar di atas ialah beberapa orang pemain sedang merebut bola dan terdapat kelompok penonton yang berada di sekitar kawasan padang tersebut. Latar tempat dan watak yang dirakam dalam gambar ini telah mempamerkan elemen kesesuaian di antara kesemua perkara yang terlibat dalam sukan bola sepak.





Tema

Sambutan Tahun Baru Cina

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan iaitu Sambutan Tahun Baru Cina di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan tentang rakyat pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan kaum Cina. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama perayaan yang disambut ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika sambutan yang digambarkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 






Tema

Perlumbaan

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan iaitu perlumbaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan watak seorang pelumba motosikal GP yang sedang membelok di selekoh tersebut. Grafik tersebut juga menunjukkan latar masa ketika pelumba tersebut ingin membelok. Latar tempat yang terlibat dalam gambar tersebut ialah di litar perlumbaan motosikal GP. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 


Comments