ELEMEN 1: MUDAH (SENDIRI)
|
Tema |
Alat Permainan |
|
Rujukan |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Berdasarkan
gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar
yang dinyatakan iaitu terdapat HAIWAN alpaca
mainan di atas papan kekunci. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut
adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal
ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk
mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks
dimasukkan pembaca masih boleh memahami secara tuntas. Oleh hal yang
demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
|
Tema |
Persahabatan |
|
Rujukan |
Gambar
sendiri |
|
Huraian |
Dengan
melihat foto ini, audien dapat memahami dengan mudah bahawa foto ini
menunjukkan satu persahabatan. Ia dapat dilihat melalui teks yang tertera.
Bukan itu sahaja, istilah persahabatan juga dapat dilihat dengan mudah
melalui ekspresi wajah mereka yang gembira dan mereka juga kelihatan rapat
antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, mesej grafik ini mudah difahami oleh
audien. |
|
Tema |
Alam Sekitar |
|
Rujukan |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Gambar
yang diambil menunjukkan keadaan parit yang kotor dan kering. Ia juga
menunjukkan ketidakpedulian masyarakat terhadap parit yang telah kotor
tersebut dan kelihatan semakin mengering. Audien juga dapat memahami bahawa
gambar tersebut mengajar mereka supaya menjaga alam sekitar yang menjadi
keperluan harian manusia. Penghayatan dalam penjagaan alam sekitar juga dapat
diterapkan supaya audien tidak membuang sampah ke dalam saliran dan mencintai
alam sekitar supaya dalam keadaan bersih dan terpelihara. |
|
Tema |
Alat Permainan Lego |
|
Rujukan
|
Gambar sendiri |
|
Huraian
|
Berdasarkan
gambar alat permainan lego
tersebut, dapat difahami bahawa ia menerangkan berkaitan situasi di lapangan
terbang dengan adanya kapal terbang dan kereta mengangkut barang di kawasan
kapal terbang tersebut. Gambar ini sangat mudah untuk difahami kerana hanya
menggunakan elemen kapal terbang dan kereta mengangkut barang di sebelah
kapal terbang lego tersebut.
Apabila melihat sekali lalu kita dapat memahami bahawa gambar itu merujuk
kepada situasi di kawasan lapangan terbang dengan hanya menggunakan dua objek
alat permainan lego tersebut dapat
menerangkan sesuatu keadaan atau situasi tempat. |
|
Tema |
Matahari Terbit |
|
Sumber |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Berdasarkan gambar
diatas, pembaca dapat memahami dengan mudah hubungan di antara gambar dan
ayat yang disertakan dalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang dirakam saat
matahari terbit berpadanan dengan kata-kata tersebut. Pembaca tidak perlu
memikirkan adanya makna tersirat dalam ayat atau gambar tersebut. Gambaran
matahari terbit itu melambangkan hadirnya hari yang baharu dalam kehidupan
seseorang. |
|
Tema |
Haiwan Peliharaan |
|
Rujukan |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Berdasarkan gambar di
atas, menceritakan seekor kucing peliharaan yang berwarna putih berada di
dalam sangkar. Gambar ini memenuhi ciri-ciri elemen mudah difahami tanpa
memerlukan sebarang penerangan. Hal ini dikatakan demikian kerana kucing
sering dikaitkan dengan comel dan manja, bersesuaian dengan teks di atas.
Oleh itu, foto ini menunjukkan bahawa seekor kucing peliharaan kerana berada
dalam keadaan baik, cantik dan kemas. |
|
Tema |
Pondok
Usang |
|
Sumber |
Gambar
sendiri |
|
Huraian |
Gambar tersebut menunjukkan terdapat sebuah pondok usang
yang berada di kawasan sawah padi. Dengan sekali imbas, pembaca dapat
memahami dan mentafsir dengan mudah kegunaan pondok ini. Disebabkan pondok
ini berada di kawasan sawah padi, sudah tentulah pondok ini merupakan tempat
sementara untuk para petani berehat dan berteduh. Suasana di sekitar pondok
ini juga kelihatan mendamaikan dan menenangkan seolah-olah boleh menjadi
terapi bagi mengurangkan sedikit penat lelah para petani. |
|
Tema |
Motosikal Kesayangan |
|
Sumber |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Elemen
yang wujud di dalam gambar tersebut ialah elemen mudah. Apabila melihat
gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memberikan maklumat
bahawa gambar tersebut merujuk kepada sebuah kenderaan iaitu sebuah
motosikal. Bukan itu sahaja, audien juga dapat mengetahui nama bagi motosikal
tersebut. Oleh itu, foto di atas mudah untuk difahami. |
|
Tema |
Bunga Matahari |
|
Rujukan |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Berdasarkan
gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar
yang dinyatakan iaitu terdapat sekuntum bunga matahari berwarna merah jambu.
Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kerana
kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana, audien juga tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir
objek yang ditunjukkan dalam gambar kerana tertera teks “Bunga Matahari
Liar”. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam
elemen mudah. |
|
Tema |
Hadiah |
|
Sumber |
Gambar sendiri |
|
Huraian |
Elemen
yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana
penggunaan teks seperti ‘Happy Birthday’ yang menerangkan bahawa ianya
merupakan hadiah untuk hari lahir seseorang. Apabila melihat gambar tersebut,
secara tidak langsung otak kita akan memikirkan hadiah. Makanya, gambar ini
sesuai dengan elemen mudah. |










Comments
Post a Comment