ELEMEN 1: MURAH (INTERNET)
Tema |
Papan iklan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Gambar
yang dinyatakan di atas berkenaan dengan elemen mudah. Hal ini dikatakan
demikian kerana, visual yang ditunjukkan dalam papan iklan tersebut mudah
difahami secara jelas iaitu berkenaan dengan iklan filem “Kungfu Panda”.
Pembaca dapat mentafsir dengan mudah visual yang ditunjukkan walaupun tidak
dinyatakan nama filem pada papan iklan tersebut. Grafik yang dihasilkan juga
jelas sehingga memudahkan pembaca memahami perkara yang dimaksudkan oleh
pereka papan iklan tersebut. |
Tema |
Filem Inggeris |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Dengan sekali imbas, audien dapat mengetahui dengan
mudah bahawa poster di atas merupakan poster sebuah filem Inggeris yang
terkenal, iaitu “Joker”. Hal ini dapat dilihat melalui teks yang tertera pada
poster iaitu “Joker”. Selain itu, audien juga dapat meneka dengan mudah
bahawa ia merupakan poster filem “Joker” melalui figura manusia iaitu “Joker”
jika tiada perkataan “Joker” pada poster ini. Oleh itu, poster ini mudah
difahami oleh audien tanpa sebarang kekeliruan. |

Tema |
Iklan
Pasar Raya |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
gambar tersebut, pembaca dapat memahami teks dan penggunaan perkataan yang
ringkas adalah ringkas dan mudah difahami. Mesej yang disampaikan juga adalah
jelas penggunaan gambar barangan isi rumah dan pembaca tidak perlu berfikir
panjang untuk mentafsir apa yang hendak ditunjukkan dalam poster tersebut.
Hal ini menunjukkan pasar raya Giant dapat memberikan mesej kepada audiennya
mengenai promosi yang mereka lakukan dengan mudah. |
Tema |
Iklan Makanan |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Berdasarkan
gambar di atas, kita dapat menganggap ia merupakan sebuah iklan makanan. Teks
yang ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah
burger. Poster tersebut jelas menunjukkan potongan harga sebanyak 25 peratus
bagi sebuah hidangan. Kontra terhadap warna ilustrasi hidangan dan warna
latar belakang telah menonjolkan gambar hidangan tersebut yang dapat difahami
oleh khalayak. |
Tema |
Bola sepak - zarif |
Rujukan
|
Google
Image |
Huraian
|
Gambar berikut menerangkan pertandingan bola sepak yang
berprestij tinggi iaitu piala dunia yang berlangsung di negara Russia pada
tahun 2018 lalu. Gambar ini mudah difahami oleh penonton apabila melihatnya.
Hal ini dikatakan demikian kerana audien tidak memerlukan masa yang panjang
untuk berfikir berkaitan maklumat gambar ini. Hal ini menunjukkan bahawa foto
di atas mudah difahami oleh audien. |
Tema |
Perayaan |
Sumber |
Google
Image |
Huraian |
Berdasarkan
gambar di atas, sesiapa sahaja yang melihat pasti memahami tujuan poster
tersebut dipaparkan. Poster tersebut menunjukkan ucapan “Selamat Hari Raya
Aidilfitri” dan disertakan grafik rumah kampung, pelita dan masjid. Lambang-lambang
seperti rumah kampung, pelita dan masjid sering digunakan di dalam iklan hari
raya sama ada berbentuk video mahupun foto. Hal ini menjelaskan lagi bahawa
sesiapa sahaja yang melihat walaupun sekali pandang, individu tersebut dapat
memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan mahupun menafsir makna
tersirat. |
Tema |
Haiwan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
gambar di atas menunjukkan seekor penyu yang menetas dari telurnya. Gambar
ini mudah difahami oleh penonton dengan sokongan teks iaitu “Di Sini Semuanya
Bermula”. Teks ini membawa maksud sebuah kehidupan yang baru bermula. Oleh
itu, audien dapat mengetahui bahawa foto di atas menunjukkan bahawa itulah
permulaan hidup seekor penyu. |
Tema |
Pakaian
|
Sumber |
Google
Image |
Huraian |
Gambar tersebut menunjukkan iklan baju kurung berjenama
Sabella. Grafik model muslimah berpakaian baju kurung dengan gandingan teks “Baju
Viral Tanpa Gosok” itu dapat memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang
disampaikan. Maksud yang ingin disampaikan di sebalik iklan itu ialah baju
keluaran Sabella ini dapat membantu dan memudahkan orang ramai untuk
kelihatan bergaya dalam masa yang singkat. Oleh itu, slogan “Baju Viral Tanpa
Gosok” memainkan peranan penting dalam gambar tersebut. |
Tema |
Iklan Makanan |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Elemen
yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat amat mengenali karakter lelaki tersebut. Apabila
melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan
makanan. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah. |
Tema |
Rak Buku |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
gambar yang dipaparkan, pembaca dapat memahami dengan mudah mesej gambar ini
kerana terdapat sebuah rak buku yang ingin dijual di sebuah kedai perabot.
Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan
lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang
ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan. Oleh itu,
gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
Comments
Post a Comment