ELEMEN 2: WARNA
(GAMBAR SENDIRI)
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar
pinggir laut yang dinyatakan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pemandangan yang dilihat dari daratan menunjukkan kombinasi
warna yang menarik dan cantik. Warna air laut dan langit menunjukkan warna
kebiru-biruan, bukit-bukit yang dipenuhi dengan rimbunan pokok yang menghijau
dan juga pinggir laut yang berpasir putih menjadikan satu kombinasi yang
mewujudkan pemandangan yang mendamaikan. Oleh itu, kombinasi warna pada
pemandangan pinggir laut tersebut menjadi salah satu tarikan dan mudah
diterima umum. |
Tema |
Minuman Berkafein |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan
cantik. Gabungan warna coklat, jingga dan kebiruan menaikkan efek grafik ini.
Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien. |
Tema |
Patriotik |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar di
atas menunjukkan figura berada di hadapan “Saloma Bridge”, Kuala Lumpur. Apa
yang difokuskan adalah pada warna yang ditunjukkan pada jambatan itu. Warna
yang ditunjukkan ialah warna bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang yang
diambil tepat pada waktu. Suasana malam dalam gambar yang gelap memberi
pencahayaan yang baik kepada warna lampu-lampu di jambatan itu. Audien juga
dapat memberi fokus kepada warna di belakang figura berbanding dengan figura
itu sendiri. |
Tema |
Aurora |
Rujukan |
Gambar
sendiri |
Huraian |
Refleksi warna biru,
biru kehijauan dan ungu terpantuk ke pokok buluh dan air tasik menampakkan
satu pandangan seakan-akan fenomena aurora di langit. Ditambah pula seni bina
bentuk pagoda cina yang dicahayai dengan warna kuning di tengah-tengahnya.
Perkara ini membuatkan orang tertarik dengan refleksi cahaya tersebut
tambahan pula pada gelap waktu malam. Oleh itu, gambar tersebut memenuhi
elemen warna dalam asas grafik. |
Tema |
Patriotisme |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas, warna pada
Jalur Gemilang dapat menarik perhatian audien apabila melihatnya. Penonton
akan lebih tertarik kepada warna-warna yang terdapat di Jalur Gemilang kerana
gambar ini menfokuskan kepada Jalur Gemilang tersebut berbanding latar
belakang yang lain. Oleh itu, foto ini memenuhi elemen warna. |
Tema |
Taman Rekreasi |
Sumber |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar yang dirakam merupakan sebahagian dari kawasan
taman rekreasi iaitu Taman Bunian, Kulim, Kedah. Taman ini dikelilingi
pokok-pokok yang menghijau dan merimbun. Majoriti warna yang terdapat di
taman ini ialah hijau. Namun begitu, beberapa warna lain telah digunakan bagi
menyerikan taman tersebut. Sebagai contoh, warna biru dan merah digunakan
untuk mewarnai titi kecil di taman tersebut. Terdapat juga penggunaan warna
coklat dan kelabu yang digunakan pada pondok seperti mana yang terdapat dalam
gambar di atas. |
Tema |
Makanan Kesihatan |
Sumber |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan
gambar tersebut, pemilihan warna sangat minimal dan menarik. Gambar tersebut
menggunakan latar belakang berwarna hijau iaitu pada daun-daun dapat
menonjolkan lagi gabungan warna kuning dan merah pada botol madu tersebut.
Warna kuning itu memberi gambaran yang jelas bahawa madu tersebut berwarna
kuning dan warna merah pula digunakan untuk menjadi daya tarikan. Oleh itu,
gambar tersebut menepati elemen warna kerana gabungan warna yang terdapat
pada grafik ini sangat minimal. |
Tema |
Kasut |
Sumber |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar
kasut ini memaparkan elemen warna. Hal ini dibuktikan melalui ketiga-tiga
warna kasut yang berbeza iaitu kelabu, merah dan hijau tua. Kombinasi warna
tersebut tidak melebihi daripada tiga warna. Oleh itu,gambar ini telah
memenuhi elemen warna. |
Tema |
Ketenangan di Tasik |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan
cantik. Campuran warna hijau dan
langit yan di tasik tersebut. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan
rasa tenang kepada sesiapa yang sahaja memandang. |
Tema |
Permandangan Kolam |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemandangan diambil mempunyai kombinasi warna yang menarik dan
cantik. Gabungan warna biru air, warna lampu yang berwarna jingga menaikkan
warna grafik ini. Warna yang menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang
kepada penonton. |
Comments
Post a Comment