BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa


    Cerita sosial 2 bab "saya yang istimewa" mengisahkan tentang bapa Alim telah pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan dan dibawa balik untuk anak-anaknya. Ayahnya mengetahui anak-anaknya gemar makan buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang dibeli ialah buah durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah teruja melihat ayahnya membeli buah-buahan kegemaraan mereka.

Ibunya menasihatkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.Anak-anaknya menganggukkan kepala tanda faham. Alim ingin memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman kerana ibu dan bapanya selalu berpesan untuk berkongsi rezeki barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibunya memuji tindakan Alim kerana mengingati pesanan ibubapa mereka.

Alim memberikan plastik yang diisi buah-buahan kepada Sulaiman ketika Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah itu, Alim berlari mendapatkkan keluarganya. Alim juga faham adik-beradiknya akan berkongsi barang atau makanan dengannya.

Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Dia membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Ketika keluar rumah Alim terserempak dengan Mak cik Timah iaitu mak Sulaiman sedang menyapu lantai di luar rumah, Mak cik Timah mengucapakan terima kasih kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu Alim berpesan bahawa Sulaiman, Mak cik Timah dan suaminya  orang yang baik-baik. Mak cik Timah memuji Alim anak yang baik.

Kelihatan Mak cik Timah tengah bersedih dan Alim bertanya kenapa Mak cik Timah tengah bersedih. Mak cik Timah tidak bersedih tetapi gembira kerana Alim baik dengan anaknya iaitu Sulaiman. Alim suka berkawan dengan Sulaiman kerana Sulaiman baik dengannya. Mak cik Timah memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah. Mak cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi. Komunikasi: Teori dan  Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Comments